
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama dilihat terletak pada tahap 1.0055. Pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi di atas tahap rintangan paling hampir 1.0055 selepas ujian kedua, dan pasangan mata wang ini juga telah menembusi di bawah purata pergerakkan urusniaga harian ringkas tempoh 20 dan tempoh 50. Prospek kekal negatif, kerana Indeks kekuatan relatif melemah di bawah tahap neutral 50. Pada perspektif ini, penarikan semula harga baru ke tahap 0.9870 dan 0.9830 adalah diramalkan, selagi tahap harga 1.0055 bertindak sebagai rintangan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.0115. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 1.0175. Titik pangsi kekal berada pada tahap 1.0055. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9875 dan sasaran kedua pada tahap 0.9810.
Tahap Rintangan: 1.0115 1.0175 1.0245
Tahap Sokongan: 0.9875 0.9810 0.9745