Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini telah menubuhkan aliran menurun jangka panjang selepas harga ditolak pada tahap 1.5927, 18 Jun 2015. Sejak daripada itu, harga telah menruun secara konsisten dan ia kelihatan seolah-olah bahawa pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 1.5170, walaupun harga telah menembusi selepas penyatuan harga pada November 6, 2015.
Selain daripada penembusan harga pada tahap sokongan, harga juga telah menembusi di bawah 61.8% Fibonacci digunakan untuk tahap rendah 14 April dan tahap tinggi 18 Jun. Pada masa yang sama, (1.4886) sokongan S1, iaitu 76.4% fibs, belum diuji lagi. Ini boleh menjadi isyarat yang jelas bahawa aliran penurunan harga belum berakhir, sekurang-kurangnya sehingga harga menguji tahap sokongan S1.
Pertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan menjual GBP/USD, sementara harga sudah menghampiri ke tahap R1 (1.5085), mensasarkan ke tahap S1 (1.4886). Stop loss boleh diletakkan di atas tahap R2 (1.5770), yang mana ia kini kelihatan seolah-olah menjadi tahap rintangan utama.
Sokongan: 1.4886
Rintangan: 1.5085, 1.5170
