
Beberapa bulan yang lalu,pasaran telah menolak harga di atas zon mingguan utama di sekitar tahap 1.5550 didalam cubaan untuk menembusi kawasan pada tahap 1.5900, yang telah pun menyediakan pasangan mata wang GBP/USD dengan rintangan yang ketara.
Baru-baru ini,graf mingguan hadir sebagai penyelubungan penurunan,ditutup bawha tahap 1.5220 (neckline pada corak Head and Shoulder).
Ianya menyokong arah penurunan pada pasaran didalam jangka masa panjang.
Sasaran penurunan jangka masa panjang diunjurkan ke arah tahap 1.4800 bagi corak pembalikkan harga.
Tahap permintaan sebelumnya pada 1.5200 (asal pada corak graf penyelubungan kenaikkan mingguan sebelumnya) telah ditembusi ke arah bawah tiga minggu lalu.Kecenderungan penurunan ini telah disahkan oleh Shooting Star dan graf penyelubungan penurunan mingguan pada minggu sebelumnya.
Oleh itu, penurunan harga segera ke arah tahap permintaan pada 1.4950 telah dijangkakan akibat daripada penembusan penurunan di bawah tahap 1.5200.
Adalah diingatkan bahawa penutupan mingguan lain di bawah tahap 1.4950 membuka jalan ke arah tahap 1.4800 (sasaran penurunan jangka masa panjang).

Pergerakkan penurunan sebelumnya menjumpai laluannya ke arah tahap 1.5200 (tahap permintaan yang menonjol),yang menghalang penurunan selanjutnya.
Malah bukti reaksi kenaikkan telah dilakukan sekitar 1.5200-1.5170 (menyebabkan penyelubungan kenaikkan graf harian).
Ini membawa kepada penarikkan balik kenaikkan sebelumnya 1.5600 (arah belakang pada aliran kenaikkan yang ditunjukkan).Ia meletakkan pasangan GBP/USD dibawah tekanan penurunan yang ketara.
Tahap permintaan yang menonjol pada 1.5350 dan 1.5200 telah ditembusi ke arah bawah beberapa minggu lalu. Tahap ini ketika ini bertepatan dengan bekalan yang menonjol perlu diperhatikan bagi kemasukkan jual yang baru.
Tahap utama pada 1.5200 telah ditembusi secara sementara ke arah atas sebelum penyelubungan penurunan harian ditunjukkan sekitar 1.5330 pada 20 November.
Graf penurunan bertahan bawah 1.5200 dan kemudian 1.5050 (dasar mingguan sebelumnya) meningkatkan arah penurunan selanjutnya ke arah tahap permintaan mingguan pada 1.4950 (juga sepadan kepada had rendah pada saluran yang ditunjukkan).
Cadangan perdagangan:
Bagi pedagang konservatif, kemasukkan beli yang sah kemungkinan disediakan sekitar zon permintaan mingguan pada 1.4950-1.4930.
S/L perlu diletakkan bawah 1.4900.Tahap T/P yang awal perlu terletak pada 1.5170 dan 1.5300.
Sebaliknya,pedagang berisiko yang lain boleh menjual pasangan GBP/USD pada tahap harga 1.5220.S/L perlu diletakkan atas 1.5300.