Harga emas kekal didagangkan di bawah tekanan, dan kami masih lagi belum melihat isyarat penembusan atau kenaikan harga yang seterusnya. Ini akan berlaku hanya sekiranya harga menembusi di atas tahap $ 1,080. Harga emas telah berhenti bergerak ke tahap harga harga rendah yang lebih rendah dan ini meningkatkan peluang untuk lantunan mingguan sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,120.

Garis hitam - rintangan
Garis hijau - Sokongan
Berdasarkan kepada carta 4-jam, harga emas kekal didagangkan di atas sokongan Ichimoku. cloud. Rintangan jangka pendek penting didapati terletak di bawah garis arah aliran condong hitam pada tahap $ 1,080. Manakala sokongan pula dilihat terletak pada tahap $ 1,060. Penembusan harga di atas $ 1,080 akan meningkatkan peluang untuk harga bergerak menuju ke arah tahap $ 1,100- $ 1,120. Penembusan harga di bawah $ 1,060 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke tahap $ 1,000

Tiada sebarang perubahan dilihat pada carta mingguan. Stokastik kini terlebih jual dan RSI telah beralih ke arah atas. Tekanan jualan tidak lagi menolak harga ke arah tahap rendah baru dan kita boleh mengharapkan lantunan harga yang kuat tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, mesyuarat FOMC dijadualkan akan berlangsung pada minggu ini, oleh itu para pedagang harus diingatkan agar lebih berhati-hati.