Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 Disember, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-12-16T01:39:25

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 Disember, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 15 Disember, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 121.45. Semalaman, indeks saham AS ditutup dengan keuntungan yang besar, memperoleh rangsangan daripada saham telekom dan sektor barangan asas pengguna. Dow Jones Industrial Average meningkat 0.6% kepada 17.368, S&P 500 naik 0.5% kepada 2,021, dan Kompist Nasdaq menokok 0.4% kepada 4.952.

Minyak mentah Nymex juga telah meningkat semula, naik 1.9% kepada $ 36.31 setong, manakala emas jatuh 1.0% kepada $ 1,063 per auns. Sementara itu, penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat sehingga 2.225% berbanding pada 2.139% hari Jumaat.

Pada masa yang sama, dolar AS meningkat lebih rendah apabila para pelabur mengambil tindakan untuk lebih berhati-hati untuk keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada minggu ini. Indeks Dollar The Wall Street Journal jatuh 0.1% kepada 89.68. Pasangan mata wang EUR/USD kebanyakanya dilihat mendatar pada tahap 1.0990, manakala USD/JPY meningkat 0.1% kepada 121.02, sementara AUD/USD naik 0.8% kepada 0.7241 dan NZD/USD menokok 0.5% kepada 0.6754. Pasangan mata wang ini menjunam sehingga ke tahap rendah 120.30 sebelum ia membuat lantunan semula harga semalam. Walaupun pasangan mata wang kini dilihat sedang meneruskan lantunan semula harga dan didagangakan di atas purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 (carta 30 minit), ia masih dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 121.45. Selagi tahap harga 121.35 masih belum ditembusi, maka pasangan mata wang ini dijangka akan mencatatkan tindakan harga bergelora dengan kecenderungan aliran menurun. Sasaran penurunan pertama ditetapkan pada tahap 120.30 (tahap rendah semalam) dan diikuti oleh sasaran menurun kedua pada tahap 119.60 (kali terakhir dilihat pada 22 Oktober).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 119.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 121.45 Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 121.85 dan sasaran kedua pada tahap 122.25.

Tahap Rintangan: 121.85 122.25 122.70

Tahap Sokongan: 120.30 119.60 119

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...