_source!.png)
AUD/USD Gelombang Eliott
Minggu lepas pasangan AUD/USD didagagangkan dalam keadaan menaik,membentuk gelombang penahanan (B) (warna hijau) gelombang yang lebih besar (E)(warna oren).Semalam ketika sesi Eropah dan New York kita dapat perhatikan pergerakan menurun dari 1.0385 menuju tahap 1.0333.Oleh itu,ketika sesi New York yang kedua pasangan AUD/USD cuba untuk pulih tetapi selepas diuji pada tahap rintangan 1.0368, harga jatuh semula pada tahap 1.0333. Harini ketika sesi awal Asia kita mendapati harga berada disekitar tahap 1.0320 dan kita boleh katakan bahawa bergerak dipenghujung tahanan gelombang B (warna biru) gelombang yang besar (B) (warna hijau).Ketika pasangan AUD/USD sedang membentuk gelombang C yang akhir (warna biru) dan kita menjangkakan untuk melihat harga berada disekitar 1.0465 selepas ini. Dengan berpandukan dengan peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang C menjejak 61.8% gelombang A, kita boleh katakan bahawa potensi sasaran dengan sambungan Fibonacci (1.0166-1.0399-1.0322) dengan Take Profit pada 1.0466 (61.8% dari gelombang A). Tahap sokongan 1.0320 boleh digunakan sebagai Stop Loss.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0264 (S2) 1.0299 (S1) 1.0316 (PP) 1.0351 (R1) 1.0368 (R2) 1.0403 (R3) 1.0420
Ramalan Dagangan
Sambungan daripada Peraturan Gelombang Eliott harini, aliran dijangkakan mula untuk bergerak ke atas. Inilah mengapa posisi yang panjang pada tahap 1.0390 dengan Stop Loss 1.0320 dan Take Profit 1.0466 dicadangkan.