
Kadar spot ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran kenaikkan sederhana pada 1.6250 dan kelihatan seperti mula untuk menurun.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan melepaskan potensi yang besar dan mencecah had atas salurannya pada 1.6330.
Penanda teknikal menyediakan isyarat beli dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.Selain itu,jalur yang lebih rendah menguatkan had bawah saluran yang menyokong hipotesis untuk lantunan.
Kadar spot sekarang sedang menguji had rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1.6250 dengan objektif 1 pada 1.6190 dan kemudian pada 1.6170.Penembusan pada 1.6270 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 1.6250 dengan objektif 1 pada 1.6310 dan kemudian pada 1.6330.Penembusan 1.6230 akan membatalkan senario ini.