Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 01 Feburari, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-02-02T01:39:07

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 01 Feburari, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY beralih ke arah bawah. Pasangan mata wang ini telah mengesahkan corak pembalikan 'Head and Shoulders' penurunan harga dan menjunam ke tahap yang lebih rendah. Jumaat lepas, saham AS meningkat lebih 2% dan kerancakan pasaran saham global telah ditolak oleh Keputusan Bank Jepun untuk memperkenalkan kadar faedah negatif. Harga minyak terus menaik, dan belian yang kukuh telah dikesan dalam saham teknologi maklumat. Dow Jones Industrial Average meningkat 2.5% kepada 16.466, S&P 500 juga meningkat 2.5% kepada 1.940, manakala Komposit Nasdaq meningkat 2.4% kepada 4.613.

Minyak mentah Nymex meningkat 1.2% kepada $ 33.62 setong, emas meningkat 0.3% kepada $ 1.117 per auns, sementara penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun terus menurun kepada 1.928% berbanding 1.980% pada Khamis.

Didorong oleh kejutan dalam kadar BOJ, pasangan mata wang USD/JPY meningkat 1.9% kepada 121.03 (dengan beberapa hari tinggi pada 121.68). Pada masa yang sama, pasangan mata wang EUR/USD merosot 0.9% kepada 1.0834, pasangan mata wang GBP/USD juga mencatatkan penurunan sebanyak 0.8% kepada 1.4245 dan USD/CHF meningkat 0.9% kepada 1.0227. Sementara itu, dolar Kanada kekal mengukuh berbanding mata wang dolar AS, didorong oleh pemulihan yang berterusan dalam harga minyak, manakala pasangan mata wang USD/CAD terus mencatatkan penurunan yang lebih rendah 0.4% kepada 1.3971. Purata pergerakkan tempoh 20, yang mana telah melintasi di bawah MA tempoh 50, kini terperangkap untuk sebarang potensi aliran menaik untuk pasangan. Sementara itu, Indeks kekuatan relatif adalah negatif dengan kawasan jualan di antara 50 dan 30.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 120.05. Titik pangsi kekal berada pada tahap 121.70. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 122.20 dan sasaran kedua pada tahap 122.70.

Tahap Rintangan: 122.20, 122.70, 123.25

Tahap Sokongan: 120.50, 120.05, 119.45

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...