EUR/USD: Tanpa mengira perjuangan di antara aliran menaik dan aliran menurun, yang menyebabkan keadaan pasaran menjadi tidak menentu, kecenderungan arah aliran harga bagi pasangan mata wang EUR/USD adalah menaik. Garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1300 kini sedang terancam, dan ia berpotensi untuk menembusi ke arah atas sebagaimana harga telah menjunam ke arah garis rintangan seterusnya pada tahap 1.1350.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini sedang melemah, oleh itu, perdagangan membeli tidak lagi rasional pada masa sekarang. Mana-mana kenaikkan boleh diambil sebagai peluang untuk tawaran menjual dengan harga yang lebih baik, sebagaimana terdapat kecenderungan bahawa pasaran akan bergerak lebih rendah lagi untuk menguji tahap sokongan 0.9700, yang mana ia telah diuji. Pasaran diramalkan akan berdagang lebih rendah di bawah tahap sokongan sekaligus membolehkan satu lagi garis sokongan pada tahap 0.9650 ditembusi.

GBP/USD: Terdapat isyarat tawaran membeli yang jelas pada pasaran. Harga kini sedang didagangkan di atas EMA 11, dan harga kemudianya akan berdagang di atas tempoh EMA 56. RSI 14 kini berada di atas tahap 50, yang menandakan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa pasaran akan pergi jauh lebih tinggi; dalam pengukuhan dengan pasangan mata wang EUR/USD, yang kebiasaanya dikaitkan dengan cara yang positif. Beberapa laporan ekonomi penting dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia berpotensi untuk memberikan kesan terhadap pasaran.

USD/JPY:Pasangan mata wang USD/JPY (dan pasangan JPY yang lain) telah menjunam lebih jauh ke arah bawah, manakala kecenderungan harga bagi pasangan mata wang ini adalah sangat melemah. Harga telah jatuh sebanyak 400 pips pada minggu ini, dan ia telah turun sebanyak 800 pip sejak 29 Januari 2016. Kelemahan pada mata wang USD dan pengukuhan pada mata wang JPY - satu keadaan yang sesuai untuk kesinambungan aliran penurunan harga. Tahap permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 113.00 dan 112.50 masih boleh diuji pada minggu ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini masih berdagang dalam aliran menurun. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56, manakala tempoh RSI 14 di bawah tahap 50. Ini menandakan bahawa prospek dagangan adalah penurunan harga dan harga berpotensi untuk menguji zon permintaan yang terletak pada tahap 127.50 dan 127.00.
