Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ AnalisisTeknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-02-12T01:54:27

AnalisisTeknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2016

AnalisisTeknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Pasangan mata wang ini dilihat telah diterbalikkan ke arah bawah dan kekal berdagang di bawah tahap rintangan utama 0.9775. Sementara itu, RSI urusniaga harian adalah berorientasikan negatif. Oleh itu, sasaran pertama untuk aliran menurun telah ditetapkan pada tahap 0.9690. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan aliran menurun menuju ke arah sokongan mendatar dan pertindihan pada tahap 0.9620 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9620. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9550. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9775. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9815 dan sasaran kedua pada tahap 0.9880.

Tahap Rintangan: 0.9815, 0.9880, 0.9975

Tahap Sokongan: 0.9620, 0.9550, 0.9500

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...