_source!.png)
Emas menghampiri had rendah saluran jangka masa sederhana pada 1,767 mencandangkan lantunan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan akan memulakan saluran penurunan yang ganas.
Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian lantunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat beberapa hari ini menunjukkan turun naik sedehana.Selain itu, jalur dalaman memperkuatkan had rendah pada saluran menyokong hipotesis untuk lantunan.
Emas sekarang sedang menguji had rendah saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk lantunan dimana kami mencadangkan untuk beli pada tahap 1,767 dengan objektif 1 pada 1,778 dan kemudian pada 1,782.Penembusan pada 1,764 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan sokongan dimana kami mencadangkan "sell stop" bermakna menjual emas sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 1,767 dengan objektif 1 pada 1,755 dan kemudian pada 1,753.Penembusan 1,770 akan membatalkan senario ini.