EUR/USD: Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam aliran penurunan harga walaupun harga akan bergerak ke wilayah keseimbangan. Sekiranya harga mula bergerak mendatar, ia akan berada dalam konteks aliran menurun. Dagangan Membeli pada pasangan mata wang ini adalah tidak digalakkan melainkan jika harga bergerak di atas garis rintangan pada tahap 1.1150.

USD/CHF: Tiada corak pengesahan menaik atau menurun diperhatikan di dalam carta 4 jam USD/CHF, kerana harga telah bergerak secara mendatar minggu ini, dan melainkan jika anda adalah merupakan pedagang scalper, maka anda perlu menunggu sehingga terdapat arah aliran harga yang lebih jelas yang berkemungkinan akan bermula pada hari ini atau minggu hadapan.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah menurun hampir 400 pips pada minggu ini, bergerak di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3900, sebelum pembetulan cetek berlaku. Wilayah pengumpulan pada tahap 1.3900 kini penting kerana harga perlu pergi di bawah tahap tersebut bagi membolehkan aliran menurun diteruskan. Harga telah memasuki fasa penyatuan kerana ia tidak bergerak jauh di atas atau di bawah wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.3900.

USD/JPY: Minggu ini, pasangan mata wang USD/JPY telah mengukuh tanpa pergerakan aliran harga yang jelas. Ini telah menyebabkan isyarat dagangan bercampur-campur. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 pada carta 4-jam, manakala RSI tempoh 14 berada di atas tahap 50. Ia adalah lebih baik untuk para pedagang menjauhkan diri daripada pasaran sehingga dua indikator bersetuju mengenai arah aliran harga - sama ada membeli atau menjual.

EUR/JPY: Selepas harga ujian zon permintaan pada tahap 122.50, harga telah melantun ke arah atas dengan ketara. Ia bergerak lebih 200 pips, tetapi tidak mencukupi untuk membatalkan prospek penurunan harga semasa. Hanya penembusan harga di atas zon bekalan pada tahap 126.50 sahaja yang boleh mengubah prospek aliran menurun dan melainkan jika itu berlaku, pecutan dalam konteks aliran menurun mungkin akan menawarkan satu lagi peluang kepada para pedagang untuk mengambil tawaran menjual.
