
Gambaran Keseluruhan
Lampiran pada carta 4H menunjukkan bahawa harga emas kekal berdagang dalam aliran menaik meninggalkan sasaran utama pertama kami yang terletak tahap 1,263.23 secara perlahan-lahan, mengukuhkan ramalan bahawa harga akan melanjutkan aliran menaik dalam sesi dagangan yang akan datang. Kami kini sedang menunggu untuk harga melepasi tahap sasaran bagi membolehkan harga menguji rintangan 1,300.00 dalam jangka masa terdekat. Secara umumnya, kami akan kekal pada prospek kenaikkan harga untuk urusniaga harian dan asas jangka pendek sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap 1,212.34 dan yang paling penting, di atas tahap 1,180.86, adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa sasaran kami telah dilanjutkan ke tahap 1,300.00 selepas melepasi tahap 1,263.23.
Ramalan untuk julat dagangan pada hari ini terletak di antara tahap sokongan 1,225.00 dan tahap rintangan 1,265.00.