Gambaran Makro Global untuk 07/03/2016:
Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda baru-baru memaklumkan bahawa bank pusat akan mengkaji kesan kadar faedah negatif ke atas ekonomi ketiga terbesar di dunia, yang menunjukkan bahawa tanpa sebarang tambahan rangsangan segera telah dirancang. Pandangan beliau untuk pertumbuhan ekonomi masih positif dan kadar faedah negatif yang telah diperkenalkan pada baru-baru ini mempunyai kesan yang positif ke atas ekonomi juga. Walau bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa BoJ masih bersedia untuk melaksanakan perlonggaran dasar kewangan sekali lagi untuk mencapai sasaran inflasi 2%. BoJ diramal akan bertindak dengan membeli lebih banyak aset atau dengan mengenakan mengurangkan kadar lebih banyak. Kesimpulannya, BoJ kini sedang memerhatikan keputusan pemotongan kadar negatif terhadap ekonomi sendiri dan menjangka kesan rangsangan yang sangat kuat terutamanya dengan menggalakkan firma-firma untuk meningkatkan pelaburan di Jepun.
Gambaran teknikal bagi pasnagan mata wang USD/JPY dilihat tidak banyak berubah pada carta harian kerana pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam zon kesesakan antara tahap 115.00-111.00. Rintangan utama untuk aliran menaik adalah pada tahap 116.16. Selama tahap harga ini tidak ditembusi, maka aliran penurunan harga akan kekal mendominasi pasaran ini.
