
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang EUR/USD kini sedang berdagang di sekitar tahap 1.1110 pada hari ini. Berdasarkan kepada carta 1H, tahap 1.1062 mewakili titik pangsi mingguan. Oleh itu, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk sokongan kecil pada tahap 1.1062 dan sokongan yang kuat dilihat berada pada tahap 1.09000 kerana ia mewakili sokongan mingguan 1. Dari sudut ini, rintangan utama dilihat terletak pada tahap 1.1302, manakala sokongan serta-merta ditemui pada tahap 1.1062. Jika pasangan mata wang ini menutup di bawah titik pangsi mingguan 1.1062, maka pasangan EUR/USD ini berpotensi untuk meneruskan pergerakan menurun menuju ke tahap 1.0906 untuk menguji sokongan mingguan 1. Kami menjangkakan pasangan mata wang EUR/USD ini akan bergerak di antara tahap 1.1110 dan 1.0906 pada minggu ini. Tidak kurang pentingnya, RSI masih memanggil untuk pasaran penurunan harga yang kuat serta harga semasa juga dilihat berada di bawah 'doubel top'. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah titik pangsi mingguan 1.1062 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0970 dan 1.0906 untuk menguji sokongan mingguan 1. Walau bagaimanapun, stop loss perlu sentiasa siperhatikan, dengan itu, adalah lebih baik untuk menetapkan kedudukan stop loss di atas gelombang menaik terakhir pada tahap 1.1315.
Tahap Teknikal Urusniaga Harian:
- R3: 1.1698
- R2: 1.1458
- R1: 1.1302
- PP: 1.1062
- S1: 1.0906
- S2: 1.0666
- S3: 1.0510