Gambaran makro global bagi 15/03/2016:
Minit daripada dasar menyuarat RBA semalam menunjukkan bahawa bank negara telah mengekalkan kecenderungan pelonggaran pada Mac,tetapi ianya kelihatan seperti tidak memerlukan pengurangan selanjutnya didalam kadar faedah utama.RBA berpuas hati dengan progres ekonomi Australia sedang melakukan imbangan semula ke arah sektor bukan perlombongan pada ekonomi,dibantu oleh kadar faedah yang rendah dan pengurangan pada kadar tukaran terhadap beberapa tahun kebelakangan ini.Namun,RBA semakin bimbang terhadap keadaan kewangan global sejak permulaan tahun ini,terutama kebimbangan terhadap keadaan ekonomi china dan ketidak stabilan unjuran bagi dasar kewangan didalam ekonomi utama yang lain.Kesimpulannya,inflasi yang rendah menyediakan ruang baru potongan kadar faedah yang seterusnya,tetapi bank negara kekal berhati-hati ditengah-tengah petanda bahawa ketidaktentuan global yang memberi impak kepada ekonomi domestik setakat ini.
Mari kita lihat kepada gambaran teknikal AUD/USD pada carta harian.Pasaran telah pun terperangkap pada rintangan teknikal pada 0.7598 dan ketika ini ianya sedang berganjak daripada tahap tersebut ke arah sokongan seterusnya pada tahap 0.7411.Sebarang penembusan bawah tahap ini akan menyatakan bahawa penurunan terkawal secara penuh pada pasaran ini dan jualan mungkin akan terus untuk bergerak.
