
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramal akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 113.05. Semalam, AS mengukuh lebih tinggi, berikutan prospek kadar dovish Rizab Persekutuan yang positif. Komoditi dan saham tenaga juga telah didorong oleh peningkatan harga minyak. The Dow Jones Industrial Average meningkat 0.4% kepada 17325, S&P 500 meningkat 0.6% kepada 2027, dan Nasdaq Composite meningkat 0.8% kepada 4763.
Minyak mentah Nymex meningkat 5.8% kepada $ 38.46 setong, emas menokok 2.5% kepada $ 1262 per auns, manakala penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun susut kepada 1.940% berbanding 1.961% dalam sesi dagangan sebelumnya.
Rizab Persekutuan, seperti yang dijangkakan, mengekalkan kadar faedah tidak berubah manakala mengunjurkan dua lagi mata kenaikan pada kadar faedah suku tahunan pada akhir tahun 2016, menurun daripada empat mata seperti yang diunjurkan pada bulan Disember.
Akibatnya, dolar AS jatuh secara menyeluruh berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain, dengan Indeks Dollar WSJ merosot 0.8% kepada 87.76, paras terendah sejak Oktober. Pasangan mata wang EUR/USD menokok 1.0% kepada 1.1222, pasangan mata wang GBP/USD meningkat 0.8% kepada 1.4257, USD/JPY menurun 0.5% kepada 112.57, sementara AUD/USD naik 1.2% kepada 0.7548. Berikutan rangsangan tambahan daripada kenaikan harga minyak, dolar Kanada melonjak berbanding dolar AS, dengan kejatuhan pasangan mata wang USD/CAD sebanyak 1.9% kepada 1.3095 dan menutup di bawah purata pergerakkan tempoh 200-hari. Pasangan mata wang ini menjunam ke tahap 112.29 semalam sebelum harga membuat lantunan semula harga. Pada masa ini, harga masih dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 113.05. Dan kecenderungan penurunan harga juga dikekalkan dengam kemerosotan tempoh 20 (carta 30 minit), yang telah melintasi di bawah tempoh 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif urusniaga harian kekal di bawah tahap neutral pada 50. Selagi harga tidak menembusi pada tahap 113.05, maka pasangan mata wang ini harus kembali ke sasaran penurunan pertama pada tahap 111.85 dan menurun lagi ke arah tahap 111.60.
Cadangan Perdagangan:Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 111.85. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 111.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 113.05. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 113.45 dan sasaran kedua pada tahap 113.80.Tahap Rintangan: 113.45, 113.80, 114.15
Tahap Sokongan: 111.85, 111.60, 111.05