Meskipun harga emas menembusi di atas rintangan jangka pendek lebih awal, penjual dilihat telah menolak harga di bawah sokongan sekaligus membatalkan senario kenaikkan harga untuk tahap tinggi baru ke arah $ 1,300. Seperti yang kita katakan dalam analisis kami sebelum ini, kenaikan daripada tahap $ 1,045 berkemungkinan telah selesai. Oleh itu, para pedagang harus memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

Garis biru - saluran mendatar
Emas telah membuat tahap harga rendah yang lebih rendah baru selepas tahap harga tinggi yang lebih rendah semalam. Harga juga telah menembusi di bawah Kumo (cloud) pada carta 4 jam. Harga kini dilihat sedang menguji sempadan saluran yang lebih rendah. Keseluruhan kenaikkan harga daripada tahap $ 1,045 berkemungkinan besar telah berakhir, oleh yang demikian kita boleh menjangkakan bahawa akan melihat penarikan semula harga ke arah tahap $ 1,150- $ 1,190.

Pada carta mingguan, harga menunjukkan tanda-tanda perubahan arah aliran menurun. Sasaran pertama adalah pada tahap penarikan semula Fibonacci 38% dan Kumo (cloud) sempadan atas. Penarikan semula harga emas juga berpotensi untuk mencecah sehingga ke tahap $ 1,100- $ 1,150. Oleh yang demikian, ia akan menjadi kawasan belian penting untuk senario pembalikan kenaikan harga jangka panjang.