
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Indeks kekuatan relatif urusniaga harian berdagang dengan baik di atas tahap neutral pada 50 dan memanggil aliran menaik baru. Selagi tahap harga 113.30 kekal bertindak sebagai tahap sokongan utama, maka pasangan mata wang ini perlu meneruskan pemulihan harga dan melantun ke arah sasaran menaik pertama yang terletak pada tahap 114 dan sasaran seterusnya pada tahap 114.30.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 160.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 114.30. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 112.95 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 112.50. Titik pangsi terletak pada tahap 113.30.
Tahap Rintangan: 114, 114.30, 114.75
Tahap Sokongan: 112.95, 112.50, 112