Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 Mac, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-03-29T07:15:23

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 Mac, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 Mac, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF kini didagangkan di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini telah menembusi di bawah garis arah aliran kenaikan, yang perlu mengesahkan perubahan arah aliran menurun. Rintangan paling hampir ditemui terletak pada tahap 0.9785 telah mengekalkan tekanan jualan yang kuat pada harga. Tambahan pula, penurunan harga pada pasangan mata wang ini telah dikenal pasti di antara purata pergerakkan tempoh 20 dan 50. Kesimpulanya, selagi tahap 0.9785 ini tidak ditembusi, maka risiko penembusan harga di bawah tahap 0.9685 kekal tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9685. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9650. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9785. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9845 dan sasaran kedua pada tahap 1.9880.

Tahap Rintangan: 0.9845, 0.9880, 0.9925

Tahap Sokongan: 0.9685, 0.9650, 0.9610

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...