Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-03-31T07:17:34

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana harga kini dilihat sedang berada di bawah tekanan. Semalam, saham-saham AS telah melanjutkan kenaikkan sebagaimana ia terus menikmati momentum menaik yang dipam oleh komen dovish pengerusi Federal Reserve Janet Yellen. saham insurans utama berpihak kepada keputusan mahkamah yang menggalakkan mengenai MetLife. The Dow Jones Industrial Average menokok 0.5% kepada 17.716, S&P 500 meningkat 0.4% kepada 2063, dan Komposit Nasdaq meningkat 0.5% kepada 4869.

Minyak mentah Nymex meningkat 0.1% kepada $ 38.32 setong, emas jatuh 1.4% kepada $ 1224 auns, manakala penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun kekal pada 1.830%, meningkat daripada 1.814% dalam sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, dolar AS didagangkan lebih lemah berbanding kebanyakan mata wang utama, ekoran kesinambungan kejatuhan Indeks Dollar Wall Street Journal sebanyak 0.4% kepada 86.73. EUR/USD meningkat 0.4% kepada 1.1336, USD/JPY menurun 0.2% kepada 112.42, USD/CAD jatuh 0.8% kepada 1.2964, dan AUD/USD meningkat 0.6% kepada 0.7670. Pasangan mata wang NZD/USD melonjak naik sebanyak 1.1% kepada penutupan tinggi 9 bulan pada tahap 0.6918. Pada masa yang sama, pasangan mata wang GBP/USD ini secara amnya kekal pada tahap 1.4376 (hari tinggi pada tahap 1.4458).

Pasangan mata wang ini telah menyatakan tindakan harga tidak menentu di bawah rintangan utama pada tahap 112.85. Dalam sekelip mata, harga telah menyentuh tahap 111.98 pada sisi negatif. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di sekitar pertindihan purata pergerakkan tempoh 20 (carta 30 minit) dan purata pergerakkan tempoh 50 (sekitar tahap harga 112.30). Selagi tahap harga 112.85 kekal mengukuh sebagai rintangan utama, pasangan mata wang ini berpotensi untuk kembali ke sasaran penurunan pertama pada tahap 112.05 (sekitar tahap rendah semalam).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 112.05. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 111.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 112.85. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 113.20 dan sasaran kedua pada tahap 113.45.

Tahap Rintangan: 113.20, 113.45, 113.80

Tahap Sokongan: 112.05, 111.60, 111.20

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...