
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Berdasarkan kepada gambaran carta, pasangan mata wang ini kekal pada aliran menurun, dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 20 dan tempoh 50. Indeks kekuatan relatif dilihat bercampur-campur dengan aliran penurunan harga, memanggil untuk penarikan semula harga baru. Selain itu, rintangan paling hampir didapati terletak di sekitar tahap 0.6885 mengekalkan tekanan jualan yang kuat pada harga. Sebagai kesimpulanya, risiko kini adalah menurun di bawah tahap 0.6775, yang akan mendorong kepada kesinambungan aliran penurunan harga ke arah tahap 0.6725.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6775. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6725. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6885. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6925 dan sasaran kedua pada tahap 0.6965.
Tahap Rintangan: 0.6925, 0.6965, 0.7030
Tahap Sokongan: 0.6775, 0.6725, 0.6675