Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Perak untuk 11 April, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-04-11T09:20:50

Analisis Teknikal Perak untuk 11 April, 2016

Analisis Teknikal Perak untuk 11 April, 2016

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Perak kini kelihatan seolah-olah akan diniagakan pada tahap $ 15,40, mencari peluang untuk meneruskan pergerakkan harga lebih rendah sama ada dari sini atau dari tahap $ 15.50/60. Para pedagang harus diingatkan bahawa tahap $ 15.60 adalah merupakan rintangan fibonacci 0.618 pada penurunan harga daripada tahap $ 16.13 melalui tahap $ 14.80. Adalah diingatkan juga bahawa perak kini sedang menguji tahap harga $ 15.45, yang merupakan penarikan semula 50%. Pembalikan aliran penurunan harga akan meneruskan aliran menurun pertengahan ke arah $ 14.50. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dari sini dan juga di sekitar tahap $ 15.60, dengan risiko terletak pada tahap $ 16.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 15.10, manakala rintangan pada tahap $ 16.00/13. Aliran penurunan harga diramal akan mendominasi semula pasaran dari tahap ini atau pada tahap $ 15.60, oleh yang demikian, membuka tawaran menjual semasa kenaikkan harga adalah kekal selamat.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual dari tahap ini dan di sekitar tahap $ 15.60, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $ 16.00, dan sasaran pada $14.50.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...