Pasangan mata wang GBP/AUD ini kelihatan seolah-olah telah mencapai bahagian bawah berhampiran tahap 1.8500 di mana ia telah membentuk 'double bottom'. Pasangan mata wang ini telah bermula di antara tahap 1.85 dan 1.88 sejak awal bulan ini, tetapi pada hari ini harga telah menembusi di atas garis arah aliran menurun; ia boleh menyebabkan pembetulan kenaikkan harga.
Fibonacci digunakan untuk titik penembusan garis aliran yang menunjukkan bahawa salah satu sasaran - R2 (1.9000) - adalah berpadanan dengan tahap sokongan/rintangan yang telah dibentuk sebelum ini dan juga tahap psikologi.
Pertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan membeli GBP/AUD semasa penarikan semula harga kecil ke arah S1 (1.8830) untuk mensasarkan ke tahap R2 (1.9000). Stop loss terletak hanya di bawah S2 (1.8750).
Sokongan: 1.8830, 1.8750
Rintangan: 1.8900, 1.9000, 1.9150
