
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Perak melonjak naik melalui tahap $ 16.00 pada semalam sebelum menembusi rintangan fibonacci 0.786 pada aliran menurun dari tahap $ 16.13 hingga ke tahap $ 14.80, dan harga ditarik kembali. Perak kini sedang di niagakan pada tahap $ 15.80/85 dan kita perlu melihat kesinambungan aliran penurunan harga sehingga harga kekal berdagang di bawah tahap $ 16.13 dari sini. Sila ambil perhatian bahawa logam ini juga telah menghasilkan cartalilin corak 'tweezer top' selepas mencecah pada tahap $ 16.00 semalam. Ia menunjukkan potensi penurunan harga yang lebih rendah daripada tahap semasa. Oleh itu, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang, dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 16.25. rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 16.13, manakala sokongan adalah lebih rendah pada tahap $ 15.10. Aliran penurunan harga akan kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di bawah tahap $ 16.13.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $ 16.25, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!