Emas telah membuat tahap harga tinggi yang lebih tinggi baru semalam ke arah rintangan Penarikan semula Fibonacci 61.8% dan ia kini sedang berdagang di sekitar tahap utama ini. Aliran menaik perlu menembusi tahap sokongan seterusnya pada corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi untuk membuat tahap tinggi baru berhampiran kawasan $ 1,300- $ 1,320.

Berdasarkan kepada carta 4-jam, oscilator stokastik memberikan isyarat kecapahan penurunan harga. Harga kekal di atas Kumo (cloud) sekaligus mengesahkan bahawa aliran harga untuk dagangan jangka pendek adalah menaik. Saya lebih gemar untuk menjadi neutral atau turun pada tahap semasa kerana saya percaya bahawa senario pada tahap tinggi baru berhampiran $ 1,300 mempunyai peluang kejayaan yang rendah. Sokongan terletak pada tahap $ 1,247. Jika ditembusi, emas diramalkan akan menguji tahap $ 1,230-25. Manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 1,260-70.

Pada minggu ini, emas telah memulakan dagangan dengan aliran menaik dan mengukuh di atas Kumo mingguan dan mingguan Tenkan-sen (indikator garis merah). Stokastik kini terletak di dalam wilayah terlebih beli dengan isyarat kecapahan. Ini adalah amaran untuk kenaikan harga emas. strategi pilihan dagangan saya adalah bersabar dan tunggu sehingga harga emas ditarik semula ke arah $ 1,150 sebelum membuka kedudukan membeli.