
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan meneruskan lantunan semula harga. Pasangan mata wang ini telah berjaya membuat lantunan semula pada semalam sekaligus mengesahkan tahap rendah 107.60 baru-baru ini. Semalam, saham AS ditutup tinggi sebagaimana saham tenaga dirangsang oleh peningkatan harga minyak. Bank dan saham kewangan juga menunjukkan prestasi yang baik. The Dow Jones Industrial Average menokok 0.9% kepada 17.721, S&P 500 meningkat 1.0% kepada 2061, dan Nasdaq Composite meningkat 0.8% kepada 4,872.
Minyak mentah Nymex meningkat 4.5% kepada $ 42.17 setong, emas menurun 0.2% kepada $ 1,256 per auns, manakala penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat kepada 1.781% berbanding 1.724% pada sesi sebelumnya.
Di pertukaran mata wang asing, dolar AS mencatatkan lantunan semula harga berbanding yen selepas jatuh selama tujuh hari berturut-turut, dengan kenaikkan 0.6% pada pasangan mata wang USD/JPY kepada 108.53. EUR/USD menurun 0.2% kepada 1.1384 pada sesi dagangan tidak menentu, melihat pasangan berayun naik sehingga ke tahap 1.1464 dan menurun hingga ke tahap 1.1345.
Sementara itu, pasangan mata wang ini juga didorong oleh momentum kenaikkan pada harga minyak, komoditi berkaitan mata wang terus bergerak ke arah atas. Pasangan mata wang USD/CAD mencatatkan lagi penurunan sebanyak 1.1% ke tahap 1.2759, AUD/USD melonjak 1.2% kepada 0.7682, dan NZD/USD juga meningkat 0.9% kepada 0.6920. Pada masa ini, harga masih didagangkan dalam aliran menaik sementara mencari sokongan pada Purata pergerakkan tempoh 20 (carta 30 minit), yang kekal di atas purata pergerakkan tempoh 50. Indeks kekuatan relatif urusniaga harian berada di atas tahap neutral 50 dan dilihat kekurangan momentum menurun. Selagi lantunan semula harga berterusan, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan kembali bedagang ke tahap sasaran menaik pertama pada 109.50. Rintangan menaik yang selanjutnya akan ditemui pada tahap 109.95.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 109.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 109.95. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 107.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 107. Titik pangsi terletak pada tahap 108.10.
Tahap Rintangan: 109.50, 109.95, 110.50
Tahap Sokongan: 107.60, 107, 106.15