Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-04-14T07:59:18

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

EUR/USD: Lonjakan harga pada pasangan mata wang USD/CHF ini telah memaksa pasangan mata wang EUR/USD untuk menembusi ke arah bawah. Harga kini sedang di dagangkan di bawah garis rintangan pada tahap 1.1300, bergerak menuju ke arah garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1250. Harga berkemungkinan akan berdagang di bawah garis rintangan, kerana kesinambungan pergerakan menurun diramalkan akan dilihat sebagaimana pasangan mata wang USD/CHF kini sedang berdagang dalam aliran menaik. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga pada carta: EMA 11 baru sahaja menembusi EMA 56 ke arah bawah kerana julat% Williams tempoh 20 kini berada di wilayah terlebih jual..

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF bergerak naik dengan ketara pada hari Rabu, ekoran kelemahan pada mata wang CHF. Keadaan dagangan yang lemah ini juga boleh dilihat pada pasangan CHF lain, seperti pasangan mata wang NZD/CHF, AUD/CHF, CAD/CHF dan lain-lain. Pada masa ini, penembusan aliran menaik pada carta USD/CHF telah menyebabkan isyarat kenaikan harga, yang mungkin akan dapat membantu harga untuk mencapai tahap rintangan 0.9700 dan 0.9750 pada minggu ini atau minggu hadapan. Beberapa laporan ekonomi penting dijangka akan dikeluarkan pada hari ini dan ia berkemungkinan akan memberikan impak ke atas pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

GBP/USD: Kecenderungan kenaikkan harga pada pasangan mata wang GBP/USD kini berada dalam kedudukan yang tidak menentu. Aliran penurunan harga berjuang sedaya upaya untuk menjadikan prospek penurunan harga tidak sah (yang berkemungkinan akan menjadi tidak sah apabila harga berdagang di bawah kawasan pengumpulan pada tahap 1.4100), walaupun aliran menaik berpotensi untuk menolak harga ke arah wilayah pengedaran yang masing-masing terletak pada tahap 1.4350 dan 1.4400.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

USD/JPY: Setakat minggu ini, instrumen perdagangan mata wang ini telah bergerak naik sebanyak 170 pips, tetapi kecenderungan dominan kekal menurun. Dua perkara yang akan berlaku pada minggu ini: sama ada harga yang terus pergi ke arah atas, dan ini akan menjadikan kecenderungan penurunan harga yang dominan tidak sah, atau harga menjunam ke tahap lebih rendah untuk menyokong kecenderungan penurunan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

EUR/JPY: Aliran menaik kelihatan kekal bersedia untuk menolak harga lebih rendah dari tahap ini, tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada beberapa pasangan JPY, seperti pasangan mata wang AUD/JPY dan NZD/JPY. EMA 11 berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Ini menunjukkan prospek penurunan harga di dalam pasaran. Apabila harga menembusi pada pengukuhan jangka pendek semasa, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan pergi ke arah zon permintaan pada tahap 122.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 April, 2016

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...