Indeks Dollar dilihat telah memberhentikan pergerakkan menaik di atas baji penurunan condong. Harga telah mencapai pada tahap rintangan jangka pendek utama dan penarikan semula harga yang kecil diramalkan akan menguji semula kawasan penembusan harga.

Garis merah - rintangan (telah ditembusi)
Garis hitam - arah aliran harga yang berpotensi
Indeks Dollar telah berjaya menembusi di atas garis arah aliran rintangan merah tetapi tidak di atas cloud carta 4 jam. Penarikan semula harga berkemungkinan besar akan menguji semula penembusan harga di atas garis aliran merah, oleh itu penarikan semula harga ke arah tahap 94.40-94.30 juga berpotensi. Penembusan harga di bawah cloud tidak akan menjadi satu tanda yang baik. Sebaliknya, penembusan harga di atas tahap 95.20 akan menjadi isyarat kenaikkan harga sekaligus mengesahkan pembalikan aliran harga.

Garis biru - julat dagangan
Indeks Dollar kini dilihat sedang diterbalikkan pada carta mingguan. Harga telah mencapai sempadan cloud yang lebih tinggi di mana ia adalah merupakan rintangan mingguan. Tahap 95-95.20 ini adalah merupakan rintangan penting dan sebaik sahaja indeks USDX menembusi di atas tahap ini, ia harus menuju sekurang-kurangnya ke arah tahap 96. Arah aliran untuk dagangan jangka pendek telah berubah kembali kepada kenaikan harga. Stokastik kini terlebih jual, walau bagaimanapun ia masih belum beralih kepada aliran menaik. Saya percaya bahawa harga kini sedang berada hampir dengan titik perubahan utama.