Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-04-18T07:31:06

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

EUR/USD: Kecenderungan pada pasaran ini semakin neutral berikutan pengukuhan harga yang disaksikan dalam tempoh dua minggu lalu. Walaupun pada minggu lalu, harga hanya diperbetulkan sedikit lebih rendah. Minggu ini, garis sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 1.1250 dan 1.1200 harus menghalang kesinambungan pergerakkan penurunan harga, sebagaimana kesan kenaikkan harga telah menyebabkan lonjakan harga yang baik, yang akan membawa harga untuk berdagang ke arah garis rintangan pada tahap 1.1400 dan 1.1450. Sesetengah pasangan EUR juga berpotensi untuk melonjak naik minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

USD/CHF: Walaupun pasangan mata wang ini berdagang dalam aliran menaik minggu lepas dalam konteks aliran menurun, tidak belum kelihatan Corak Pengesahan Kenaikkan di dalam carta. Sekiranya harga bergerak lebih tinggi sebanyak 150 pips, maka akan terdapat pengesahan isyarat menaik dalam pasaran. Namun begitu, diramalkan akan terdapat aliran menurun pada minggu ini, yang akan mengukuhkan prospek penurunan harga baru-baru ini dan membolehkan harga untuk mencapai tahap sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9600, 0.9650 dan 0.9500.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

GBP/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dengan sangat tidak menentu pada minggu lepas, tanpa ada kemenangan jelas di antara aliran menaik dan aliran menurun. Perlu ada pergerakan harga yang jelas pada minggu ini, yang paling mungkin akan memihak kepada kenaikan harga. Satu gelombang menaik harus membawa harga bergerak ke wilayah pengagihan pada tahap 1.4300 dan 1.4350 minggu ini. Stamina juga perlu disaksikan pada pasangan GBP yang lain minggu ini, seperti pasangan mata wang GBP/CAD.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang bergerak ke arah atas sebanyak 190 pip antara Isnin dan Khamis minggu lepas. Pada hari Jumaat, harga, bagaimanapun, diperbetulkan lebih rendah dalam penyatuan harga dengan kecenderungan lanjutan aliran menurun di pasaran. Kenaikkan harga harus dilihat sebagai peluang jualan singkat kerana harga dijangka akan diniagakan lebih rendah minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY didagangkan dalam aliran mendatar sepanjang minggu lepas. Pasaran terperangkap dalam fasa keseimbangan, tetapi akan ada penembusan harga pada minggu ini. Pasangan mata wang EUR/JPY, yang menutup di bawah zon bekalan pada tahap 123.00 Jumaat lalu, dijangka akan diniagakan rendah minggu ini, mencapai zon permintaan pada tahap 122.00 dan 121.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 April, 2016

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...