Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 April, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-04-19T07:38:42

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 April, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 April, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga dan mencari sasaran menaik pada tahap 109.45. Semalam, indeks saham AS menembusi lebih tinggi sebagaimana saham tenaga meningkat walaupun pengeluar minyak gagal untuk mencapai perjanjian pembekuan pengeluaran. The Dow Jones Industrial Average menokok 0.6% kepada 18004, S&P 500 meningkat 0.7% kepada 2094, dan Nasdaq Composite meningkat 0.4% pada 4960.

Minyak mentah Nymex telah mengalami kerugian yang besar sebelum ini dan harga kini menetap hanya 1.4% lebih rendah pada harga $ 39.78 setong. Emas susut 0.2% kepada $ 1,231 per auns, manakala penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat kepada 1.773% dari 1.753% Jumaat lepas.

Di pasaran hadapan forex, bersama-sama dengan kenaikkan harga minyak dari paras terendah mereka, dolar Kanada melantun semula berbanding dolar AS, di mana pasangan mata wang USD/CAD ini akhirnya jatuh ke tahap 1.2780 daripada tahap tinggi harian 1.2990 dan daripada tahap 1.2819 Jumaat lepas.

Sementara itu, mata wang lain yang berkait dengan komoditi juga telah diterbalikkan dan melantun lebih tinggi, pasangan mata wang AUD/USD menokok 0.7% kepada 0.7749 (tahap rendah harian pada 0.7588) dan pasangan mata wang NZD/USD melonjak naik sehingga 0.5% (tahap rendah harian pada 0.6841).

Pasangan mata wang ini melanjutkan lantunan semula harga yang telah dimulakan semalam dari tahap rendah 107.82. Disokong oleh purata pergerakkan tempoh 20 (carta 30 minit), ia kini diniagakan di sekitar tahap lebih tinggi Bollinger band, mendorong kepada pecutan menaik. Sementara itu, indeks kekuatan relatif urusniaga harian bergerak dengan beaik berhampiran tahap overbought 70 dan kami mendapati bahawa terdapat kekurangan momentum menurun. Tinjauan urusniaga harian menunjukkan bahawa harga adalah sangat mengukuh pada aliran menaik dan pasangan mata wang ini perlu menghampiri rintangan segera pada tahap 109.45 sebelum harga menguji ujian tahap 109.75 (berhampiran pada tahap tinggi 15 April).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 109.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 109.75. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 108.10 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 107.80. Titik pangsi terletak pada tahap 108.50.

Tahap Rintangan: 109.45, 119.75, 110.10

Tahap Sokongan: 108.10, 107.80, 107.30

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...