
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat sedang menguji sokongan paling hampir pada tahap 156.20, manakala indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Selagi harga tidak menembusi pada tahap 156.20, kesinambungan aliran menaik adalah diramalkan dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan harga ditetapkan pada tahap 159, pada mulanya. Penembusan harga di atas tahap ini akan memanggil kenaikkan harga yang seterusnya ke arah tahap 159.60 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 159 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 159.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 155.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 154.75. Titik pangsi terletak pada tahap 156.20.
Tahap Rintangan: 159, 159.60, 160.15
Tahap Sokongan: 155.60, 154.75, 154.05