Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 27/04/2016

parent
Analisis Forex:::2016-04-27T08:25:36

Gambaran makro global untuk 27/04/2016

Gambaran makro global untuk 27/04/2016:

Laporan ekonomi mengenai Pesanan Barangan Tahan Lama Amerika Syarikat telah dikeluarkan semalam. Ia telah mengundang kekecewaan di kalangan peserta pasaran kerana mereka menjangkakan kenaikkan 1.9%, tetapi ia hanya mencatatkan 0.8% sahaja. (Bacaan masih kekal baik berbanding -3.1% pada bulan yang lalu). Selain itu, kategori utama, Teras Pesanan Barangan Tahan Lama, yang menjejaki pelan pelaburan perniagaan, kekal melemah untuk bulan kedua. Kesimpulannya, Pesanan Barangan tahan lama mempunyai impak yang besar terhadap KDNK AS sebagaimana sektor pembuatan sahaja bertanggungjawab untuk 12% daripada ekonomi Amerika Syarikat. Data yang lemah seperti ini berkemungkinan akan mendorong pihak kerajaan untuk membuat semakan penurunan suku pertama KDNK AS, yang mungkin memberi kesan terhadap tahap inflasi. Itulah sebabnya jumlah kenaikan kadar jangka pendek yang berkemungkinan oleh Fed adalah terhad kepada dua sahaja pada tahun ini, walau bagaimanapun tempoh masa masih tidak diketahui.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal Indeks Dollar AS dalam carta 4H. Rintangan zon bekalan bekerja dengan baik dan aliran penurunan harga telah berjaya menolak harga kembali berdagang di bawah purata pergerakkan 21.50 dan 100. Tahap 95.21 kini bertindak sebagai rintangan utama untuk kenaikan harga sekiranya indeks dolar menembusi pada julat dagangan. Sokongan seterusnya dilihat terletak pada tahap 94.21 dan kemudian diikuti oleh tahap 93.92.

Gambaran makro global untuk 27/04/2016

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...