Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro Global untuk 09/05/2016

parent
Analisis Forex:::2016-05-09T10:32:09

Gambaran makro Global untuk 09/05/2016

Global macro overview for 09/05/2016:

Pada hujung minggu, Menteri Minyak Arab saudi 81 tahun , Ali al-Naimi, telah digantikan dengan bekas ketua syarikat minyak milik negara Aramco (Saudi Arabian Oil Co) Khalid al-Falih. Sesetengah penganalisis minyak telah menjangkakan perubahan sedemikian, tetapi hakikatnya bahawa beliau merupakan rakan rapat Timbalan putera mahkota Mohammed bin Salman dan tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai OPEC dan tidak kelihatan bijak sama sekali. Seperti yang kita tahu, Arab Saudi menolak untuk mengehadkan bekalan minyak global pada mesyuarat OPEC baru-baru ini dan Mohammed bin Salman kini akan mula bertindak bagi mengawal polisi bekalan minyak,ini bermakna perbincangan selanjutnya mungkin akan menjurus kepada persetujuan dalam menghadkan bekalan minyak global di mesyuarat OPEC yang semakin hampir. Sebab utama mengapa Arab Saudi menolak untuk mengehadkan bekalan minyak adalah perang global dengan industri syal AS: kos pengeluaran syal adalah lebih tinggi, oleh yang demikian harga yang lebih rendah menjadi pesaing utama dan tidak menguntungkan dan lebih mendorong kepada peningkatan.

Sekarang kita lihat pada gambaran teknikal Minyak mentah pada jangka masa 4H. pasaran masih berdagang di atas 21,50 dan 100 purata bergerak, di zon yang sukar antara dua tahap penting: Pergerakan tahap tinggi dan rintangan teknikal di tahap 46.78 serta sokongan teknikal pada tahap 43.19. Pergerakan kenaikan harga dilihat masih mengawal pasaran dan tiada sebarang tanda penurunan harga akan berlaku.


Gambaran makro Global untuk 09/05/2016

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...