Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mei, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-05-11T07:30:15

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mei, 2016

Seperti yang diramalkan, harga dilihat telah melantun ke arah tahap $ 1,270-80. Harga telah mencapai rintangan utama dagangan jangka pendek pada penarikan semula Fibonacci 38% daripada tahap tinggi baru-baru ini. Lantunan menaik ini berpotensi untuk meneruskan pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi.

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mei, 2016

Garis biru - Penembusan saluran

Harga telah memasuki kawasan Kumo di mana para pedagang harus mengelak daripada membuka sebarang posisi kerana harga kini berada pada kawasan bukan aliran menaik atau menurun. Harga juga telah mencapai 38% Fibo. Sokongan pada Tenkan-sen (indikator garis merah) terletak pada tahap $ 1,270. Sokongan seterusnya dilihat berada pada tahap $ 1,264. Rintangan kini terletak pada tahap $ 1,275 dan diikuti oleh tahap $ 1,277 pada penarikan semula 50%.

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mei, 2016

Garis biru - saluran kenaikan harga

Harga emas kekal didagangan dalam saluran kenaikan harga biru dan di atas sokongan harian Kijun-sen (indikator garis kuning). Penembusan harga di atas Tenkan-sen harian (indikator garis kuning) akan menyatakan tahap tinggi yang berpotensi. Pada ketika ini, tahap harga tinggi yang lebih tinggi diramalkan akan terlajak di atas saluran menaik dan kita juga berkemungkinan akan melihat harga berdagang ke arah tahap $ 1,400.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...