EUR/USD: Pasangan ini sedang mengukuh dengan aliran kenaikan dan penurunan harga yang tidak menentu. Hari ini atau minggu depan kita dapat melihat pergerakan yang serius daripada fasa keseimbangan semasa, yang paling berkemungkinan akan memihak kepada penurunan harga. Harga dijangka bergerak ke bawah tahap sokongan 1.1350 dan 1.1300.

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang masih mengalami pembetulan menurun. Walau bagaimanapun, pembetulan menurun tidak terjejas dengan kecenderungan kenaikkan harga yang sedia ada, walaupun Range Williams% tempoh 20 kini di kawasan terlebih jual. Ini merupakan peluang yang baik untuk mencari potensi perdagangan jangka panjang, melainkan jika harga menjunam di bawah tahap sokongan pada 0.9600, yang akan membawa kepada isyarat menurun.

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang telah mengukuh bagi minggu ini - dalam konteks aliran menurun. EMA 11 adalah di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Apabila penembusan harga tidak berlaku dalam pasaran, ia mungkin akan mengambil harga di bawah kawasan pengumpulan pada 1.4350 dan 1.4300. Ini bermakna pergerakan mungkin akan memihak kepada penurunan harga.

USD/JPY: Kelihatan begitu jelas isyarat "beli" pada USD/JPY carta 4-jam, dengan Corak Pengesahan Kenaikkan yang jelas dalam pasaran. Kenaikan harga telah menguasai pergerakan pada minggu ini, dan ia dijangka mereka akan terus menolak harga ke taahp yang lebih tinggi, mensasarkan tahap bekalan pada 110.00 dan 110.50.

EUR/JPY: Pergerakan pada EUR/JPY agak sama dengan pergerakan pasangan USD/JPY. Terdapat kecenderungan kenaikan harga di pasaran, kerana kedudukan petunjuk pada carta 4-jam. Apabila pergerakan ke atas berlaku, ia kemungkinan besar akan memihak kepada kenaikan harga
