Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Mei, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-05-16T07:51:19

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Mei, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Mei, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY ini di ramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Jumaat lalu, indeks saham AS telah mencatatkan satu lagi sesi penurunan walaupun bacaan data jualan runcit adalah menggalakkan (+ 1.3% bulan ke bulan pada bulan April berbanding ramalan + 0.8% dan -0.3% pada bulan Mac). saham runcit terus melemah, dengan Nordstrom Inc (JWN) merosot 13.4% dan J.C. Penney (JCP) menurun 2.8%. Diikuti dengan kejatuhan harga minyak yang terus menjejaskan saham. The Dow Jones Industrial Average jatuh 1.1% kepada 17.535, S&P 500 merosot 0.9% kepada 2046, dan Nasdaq Composite menurun 0.4% kepada 4717.

Minyak mentah Nymex ditutup 1.1% lebih rendah pada harga $ 46,21 setong, emas menokok 0.8% kepada $ 1,273 auns dan penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun menurun kepada 1,705% berbanding 1,758% pada sesi sebelumnya.

Di pasaran pertukaran mata wang asing, dolar AS kekal didagangkan dalam aliran menaik berbanding mata wang utama yang lain sebagaimana data ekonomi yang lebih baik berbanding ramalan telah meningkatkan kebarangkalian untuk kenaikan lagi kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Pasangan mata wang EUR/USD menurun sebanyak 0.6% ke tahap rendah 2 minggu pada tahap 1.1305 (tahap rendah harian pada 1.1281), Pasangan mata wang GBP/USD menurun lagi 0.6% kepada 1.4361. Sementara itu, pasangan mata wang USD/JPY juga merekodkan penurunan sebanyak 0.4% ke tahap 108.60 (tahap tinggi harian pada 109.48).

Sementara itu, perdagangan mata wang yang berkait dengan komoditi sebahagian besarnya adalah melemah berbanding dolar AS, pasangan mata wang USD/CAD meningkat 0.7% kepada 1.2940 dan AUD/USD jatuh lain 0.9% kepada 0.7263. Pasangan mata wang NZD/USD susut 0.7% untuk ditutup pada tahap 0.6763, sekali lagi di bawah purata pergerakkan 200 hari. Pasangan mata wang ini dilihat telah menguji semula sasaran menaik pertama yang terletak pada tahap 109.40 Jumaat lalu sebelum pengukuhan harga. Kini, tahap 108.20 bertindak sebagai sokongan utama, dan pasangan mata wang kini dilihat sedang melantun semula dan menembusi di atas kedua-dua purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 (carta 30 minit). Pada masa yang sama, urusniaga harian indeks kekuatan relatif telah kembali ke tahap neutral 50 dari arah bawah dan menuju ke tahap yang lebih tinggi, mendorong momentum menaik untuk pasangan mata wang. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 109.40 pada akhirnya (yang mana ia telah cuba pada 10-13 Mei), maka pasangan mata wang ini diramalkan akan meneruskan kenaikkan harga menuju ke arah tahap 109.90 ( rintangan utama dilihat pada April 20-21).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 109.40 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 109.90. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 107.40 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 107. Titik pangsi terletak pada tahap 108.20.

Tahap Rintangan: 109.40, 109.90, 110.45

Tahap Sokongan: 107.40, 107, 106.55

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...