
Ringkasan Gelombang:
Pembetulan harga yang kita cari di dalam gelombang [ii] dilanjutkan lebih rendah untuk sasaran pembetulan 61.8% pada tahap 122.68 sebelum harga beralih lebih tinggi pada gelombang [iii]. Kami kini akan mencari penembusan harga di atas tahap 123.81 untuk mengesahkan bahawa gelombang [ii] telah berkahir pada tahap 122.61 dan gelombang [iii] kini sedang bergerak lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 125.78.
Sokongan kini dilihat terletak pada tahap 122.91, yang ideal untuk melindungi arah aliran menurun untuk membolehkan harga menembusi di atas tahap 123.81.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 123.10 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 122.60. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 123.81 dengan kedudukan stop loss pada tahap 122.90.