Gambaran makro global untuk 17/05/2016:
Minit Mesyuarat Dasar Kewangan Reserve Bank of Australia telah dikeluarkan semalam. RBA telah melahirkan kebimbangan terhadap dua bidang utama ekonomi Australia: inflasi dan pengangguran. Menurut minit mesyuarat Mei, di mana kadar tunai telah dikurangkan kepada 1.75%, RBA bimbang tentang aliran inflasi yang berterusan sebagaimana bacaan baru-baru ini sangat berkurangan berbanding dengan unjuran RBA. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Australia berkemungkinan sedang menuju ke arah deflasi kerana data tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh faktor-faktor sementara. Manakala kebimbangan kedua RBA adalah terhadap sektor pekerjaan yang merekodkan pertumbuhan perlahan pada suku pertama tahun 2016. Kadar pengangguran semasa adalah pada tahap 5.7%, bagaimanapun pertumbuhan bagi upah yang rendah juga telah mendorong kepada pekerjaan tidak selamat. Kesimpulannya, ahli-ahli ekonomi kini meramalkan bahawa RBA akan terus mengurangkan kadar tunai selepas dikejutkan oleh bacaan inflasi terkini. Sebagai contoh, Bank Commonwealth meramalkan dua lagi pemotongan kadar tunai pada 2016 yang membawa kadar tunai kepada 1.25%, dengan beberapa institusi besar yang lain seperti JP Morgan meramalkan kadar tunai pada 1% atau lebih rendah.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang AUD/USD pada carta harian. Selepas menembusi di bawah garis aliran coklat, aliran penurunan harga dilihat telah berjaya menolak harga untuk di dagangkan di bawah 50% Fibo dan ia kelihatan seolah-olah sokongan teknikal utama seterusnya yang terletak pada tahap 0.7212 berkemungkinan akan diuji tidak lama lagi. Sila ambil perhatian bahawa rintangan teknikal semasa pada tahap 0.7382 adalah merupakan tahap utama untuk aliran menaik.
