
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF dilihat telah menembusi tahap rintangan, yang bertukar menjadi sokongan yang kuat pada tahap 0.9735 minggu lalu. Tahap 0.9715 adalah berpadanan dengan nisbah emas (78.6% Fibonacci), yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Relative Strength Index (RSI) dianggap telah terlebih beli sebagaimana ia kini berad di atas 70. Selain itu, RSI masih memanggil untuk pasaran kenaikan harga yang kukuh serta harga semasa juga sedang menembusi purata pergerakkan 100. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CHF ini telah melanjutkan aliran menaik daripada tahap 0.9715 dan 0.9735. Semalam, pasangan mata wang ini telah meningkat daripada tahap 0.9750 ke bahagian atas di sekitar tahap 0.9789. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9877, dan diikuti oleh tahap 0.9961, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.9735. Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.9735 dan 0.9877. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF ini telah menunjukkan isyarat kekuatan diikuti dengan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9750. Oleh yang demikian, tawaran membeli di atas tahap 0.9750 adalah disyorkan dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.877 untuk membolehkan harga menguji rintangan harian 1 dan bergerak terus ke arah tahap 0.9961. Sementara itu, sekiranya perubahan arah aliran harga berlaku dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi melalui tahap sokongan 0.9735, maka stop loss perlu diletakkan pada tahap 0.9700.