Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-05-18T08:37:57

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

EUR/USD: Pasangan mata wang ini di dagangkan mendatar pada hari Selasa - perkara yang tidak penting dalam konteks aliran menurun. Seperti yang telah dinyatakan pada minggu lalu, tinjauan pada pasangan mata wang ini adalah aliran menurun dan kesinambungan penurunan harga adalah diramalkan pada minggu ini. Ia berkemungkinan akan membawa harga untuk berdagang ke arah garis sokongan 1.1250 dan 1.1200.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini berpotensi untuk melanjutkan dagangan dalam aliran menaik semalam, walaupun pergerakkan harga adalah tidak ketara. Harga dilihat telah menguji rintangan yang terletak pdada tahap 0.9800, berada di atas tahap sokongan 0.9750. tahap rintangan ini perlu ditembusi pada hari ini sebagaimana harga telah meneruskan pergerakan menaik secara beransur-ansur.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat telah didagangkan dalam alian menaik semalam, walau bagaimanapun ia tidak cukup serius untuk menghasilkan isyarat kemasukan tawaran "belian". Malah, ia adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran ini sekarang kerana dagangan pada pasangan mata wang ini adalah tidak menentu. Harga diramalkan akan berdagang sama ada di atas wilayah pengagihan 1.4550 atau di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.4350. Ia diramal akan berlaku pada hari ini atau esok.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini kelihatan masih mengukuh, walau bagagimanapun ia didagangkan dalam keadaan yang tidak menentu. Melainkan, jika harga bergerak naik di atas tahap bekalan 110.00, kecenderungan kenaikan harga akan kekal melemah. Sebaliknya, pergerakkan harga di bawah tahap permintaan pada 107.50 akan menandakan isyarat penurunan harga. Tindakan pasaran akan ditentukan pada hari ini atau esok.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

EUR/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini agak tidak menentu dan kasar sekarang. Ia adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran sehingga terdapat pergerakan harga yang ketara dalam satu arah. Minggu ini, pergerakan yang kuat dalam satu arah boleh dijangkakan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Mei, 2016

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...