
Gambaran
Harga emas menunjukkan ujian baru kepada tahap $1,243.17 semalam dan mengekalkan dagangan yang mantap diatasnya, yang mengekalkan pergerakkan menaik yang sah sekarang.Harga perlu momentum positif yang lain bagi menyambung kecenderungan kenaikkan,sasaran utama yang bermula pada tahap $1,276.50 diikuti oleh $1,303.58.Kita perlu mengambil kira bahawa penembusan pada tahap $1,243.17 akan meletakkan harga dibawah tekanan pembetulan penurunan semula,membuka jalan ke arah 38.2% Fibonacci pada peningkatan diukur daripada $1,047.61 kepada tahap $1,303.58,terletak pada tahap $1,205.80.Kadar jangkaan dagangan untuk hari ini adalah diantara tahap $1,230.00 sokongan dan $1,276.00 rintangan.