
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Harga kini dilihat sedang berdagang pada tahap 160.87, pasangan mata wang ini bergerak mendatar dan kekal pada aliran menaik di atas sokongan pada tahap 159.80. Indeks kekuatan relatif juga dilihat tidak mempunyai momentum menurun. Selagi harga tidak menembusi pada tahap 159.80 ke arah bawah, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan melanjutkan kenaikkan menuju ke arah tahap 161.65 dan 162.55 pada hari-hari yang akan datang.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 161.65 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 162.55. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 159 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 158.05. Titik pangsi terletak pada tahap 159.80.
Tahap Rintangan: 161.65, 162.55, 163.35
Tahap Sokongan: 159, 158.05, 157.45