Gambaran makro global untuk 30/05/2016:
Data KDNK kedua dari Amerika Syarikat telah dikeluarkan pada Jumaat lalu dan ia menunjukkan seperti pertumbuhan ekonomi AS adalah perlahan pada suku kedua, walau bagaimanapun ia adalah kurang daripada ramalan. Berdasarkan kepada Jabatan Perdagangan, anggaran KDNK adalah sejajar dengan jangkaan sebanyak 0.8% dan lebih baik daripada 0.5% pada suku lepas. Walau bagaimanapun, penunjuk telah berada di tahap paling rendah sejak suku pertama 2015 ekoran pengukuhan mata wang dolar AS dan permintaan global yang melemah. Meskipun laporan perbelanjaan pembinaan rumah mencatatkan kenaikkan pada suku akhir, namun ia tidak membantu untuk meningkatkan KDNK. Kesimpulannya, ini adalah laporan yang baik dan positif, oleh yang demikian pengumuman laporan KDNK yang seterusnya berkemungkinan akan mendedahkan bacaan yang lebih baik kerana data jualan runcit, eksport barangan, pengeluaran perindustrian, dan jualan rumah menunjukkan peningkatan pada bulan April.
Sekarang mari kita lihat pada gambar teknikal pasangan mata wang USD/JPY pada carta harian. Pergerakan menaik utama yang lebih tinggi di atas garis arah aliran emas adalah petunjuk pertama untuk kekuatan kenaikan harga. Kenaikkan harga ini mungkin tidak akan bertahan lama, tetapi sehingga kini rintangan seterusnya dilihat berada pada tahap 111.99 dan 115.97.
