Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 01/06/2016

parent
Analisis Forex:::2016-06-01T06:23:34

Gambaran makro global untuk 01/06/2016

Gambaran makro global untuk 01/06/2016:

Oleh kerana referendum nasional di Great Britain kini semakin hampir (23 Jun 2016), pelbagai undian kini sedang dijalankan, mendedahkan sentimen orang British ke arah penyertaan UK ke dalam zon euro. Semalam, undian ICM Brexit atas talian telah mendedahkan data yang sangat mengelirukan kerana 47% daripada peserta mengundi untuk meninggalkan EU, manakala 44% peserta mengundi untuk kekal di Kesatuan Eropah. Ia mencetuskan kebimbangan terhadap keputusan UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan telah menggoyahkan pendirian mereka yang menyokong kepada penyertaan UK. Kedua-dua Footsie 100 dan Pound British mengalami kerugian besar dalam tindak balas kepada data yang dikumpulkan ini. Kesimpulannya, ia adalah penting untuk diingatkan bahawa lebih banyak keputusan undian akan dikeluarkan pada masa akan datang, dan pasaran berkemungkinan akan menjadi sangat tidak menentu apabila kebanyakan pelabur global kini berhadapan dengan situasi getir.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang GPB/USD pada carta 4H. Tahap tinggi baru telah dibuat sejak harga melantun dari bawah tahap 1.4330, oleh yang demikian, pergerakkan harga pada baru-baru ini ke tahap 1.4738 telah dilabelkan sebagai tahap tinggi yang lebih rendah buat masa sekarang. Dalam usaha untuk mendominasi penuh ke atas pasaran ini, aliran penurunan harga perlu membuat corak harga rendah yang lebih rendah baru hanya di bawah tahap sokongan teknikal 1.4442. Ia akan menjadi petunjuk kuat pertama bahawa aliran harga kini sedang diterbalikkan ke arah bawah.

Gambaran makro global untuk 01/06/2016

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...