EUR/USD: Tidak kira apa yang berlaku pada instrumen perdagangan ini, kecenderungan aliran harga adalah menurun. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam pasaran. Ia akan menjadi rasional untuk mengambil mana-mana percubaan menaik sebagai peluang jualan singkat, untuk aliran menurun, ia berkemungkinan masih mensasarkan ke garis sokongan pada tahap 1.1100 dan 1.1050.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat telah mengukuh semalam. Aliran menaik masih bersedia untuk menolak harga lebih tinggi, dan terdapat kemungkinan bahawa tahap rintangan 0.9950 dan 1.0000 (zon pariti) akan diuji. Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil untuk harga menembusi tahap rintangan 1.0000 untuk bergerak ke arah atas, kerana terdapat juga ancaman dari mata wang CHF, yang mungkin mendapatkan beberapa stamina sebelum akhir minggu ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah cuba untuk pergi ke arah atas, walau bagaimanapun aliran penurunan harga muncul pada wilayah pengedaran 1.4700, yang merupakan titik sama di mana percubaan kenaikan harga ditolak pada minggu lalu. Dari wilayah pengedaran, harga telah turun sebanyak 220 pips, dan ia kini berada di bawah wilayah pengagihan pada tahap 1.4500. Pergerakan harga ini telah menjadi ancaman yang serius kepada prospek kenaikan harga baru-baru ini; ditambah pula dengan pergerakan harga di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.4400 akan menyebabkan isyarat penurunan harga yang kuat.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini hanya bergerak mendatar pada hari Selasa - dalam konteks aliran menurun. Sasaran seterusnya adalah tahap bekalan pada 111.50 dan 112.00. Oleh kerana terdapat isyarat kenaikan harga di pasaran, tahap bekalan ini akan diuji pada hari ini atau esok.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah membuat beberapa percubaan menaik, walau bagaimana kenaikkan harga ini telah ditolak pada zon bekalan 124.00. Aliran menaik berusaha keras untuk menolak harga di atas zon bekalan, tetapi ia telah dikalahkan oleh aliran penurunan harga. Walau bagaimanapun, selagi harga berdagang di atas zon permintaan pada tahap 122.00, maka kesinambungan kenaikkan harga berkemungkinan akan menjadi sah.
