Gambaran makro global bagi 02/06/2016:
Keputusan kadar faedah Bank Negara Eropah dan sidang media Mario Draghi merupakan acara makro utama bagi hari ini yang dijadualkan berlangsung pada 11.45 GMT.Bagi tempoh dua bulan sebelumnya kadar faedah berada pada tahap 0.0% dan hari ini peserta pasaran menjangkakan tiada perubahan didalam kadar faedah.Namun,ianya adalah berbaloi untuk lihat bahawa pertumbuhan zon eropah kekal lembap (kecuali Jerman) dan ekonomi masih lagi berusaha untuk menangai deflasi.Persoalannya adalah jika terdapatnya sebab yang cukup bagi Mario Draghi untuk mengambil sebarang tindakan dan memperkenalkan kadar faedah negatif atau menaikkan program pembelian aset ECB?Kadar faedah akan kekal pada tahap yang sama,tetapi Draghi menegaskan untuk bertindak jika keadaan ekonomi,terutamanya pertumbuhan dan indikato inflasi,menunjukkan ke arah bawah.
Mari kita lihat kepada gambaran teknikal EUR/USD kerana ianya telah pun meningkat menantikan keputusan kadar faedah ECB.Pasaran telah pun melakukan tahap rendah sebelum menaik sedikit ke rintangan penting seterusnya pada tahap 1.1215.Namun,penurunan kekal terkawal terhadap pasaran ini,tetapi pembetulan pergerakkan seterusnya adalah berkemungkinan sehingga kepada tahap 1.1282.
