EUR/USD: Tindakan harga pada pasangan mata wang ini mendedahkan bahawa ia adalah logik untuk menjual semasa kenaikkan harga sementara dalam pasaran. Prospek dagangan adalah menurun: EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan Julat%Williams tempoh 20 adalah condong ke wilayah terlebih jual. Ini menunjukkan kehadiran aliran penurunan harga, yang menyimpang menolak kesinambungan penurunan harga.

USD/CHF: Aliran menaik masih belum dipukul pada pasangan mata wang USD/CHF. EMA 11 kini berada di atas EMA 56; walaupun Julat% Williams tempoh 20 kini berada di wilayah terlebih jual. Ini boleh dianggap sebagai isyarat membeli apabila terdapat penurunan jangka pendek dalam konteks aliran menaik.

GBP/USD: Harga didagangkan dalam pasaran beruang. Harga kini berada di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.4450, yang telah diuji dan akan diuji lagi. Harga diramal akan berdagang di bawah wilayah pengumpulan, mensasarkan kawasan pengumpulan seterusnya pada tahap 1.4350.

USD/JPY: Sama seperti pasangan mata wang EUR/JPY, USD/JPY juga digerakkan awal sekitar tahap bekalan 111.00. Harga bergerak di atas tahap bekalan secara ringkas, tetapi ia tidak boleh kekal berdagang di atasnya. Ini diikuti dengan penurunan sebanyak 230 pips, yang pada dasarnya menyebabkan Corak Pengesahan penurunan harga pada carta. Kesinambungan aliran penurunan harga berpotensi untuk membawa harga bergerak ke arah tahap permintaan pada 108.00 dan 107.50.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah membuat percubaan kenaikkan harga pada awal minggu ini, mencapai zon bekalan pada tahap 124.00 pada hari Selasa dan kemudian menurun sebanyak 280 pip lewat minggu ini. Terdapat kecenderungan penurunan harga di dalam pasaran ini, dan harga sepatutnya terus pergi lebih rendah dan lebih rendah lagi. Buat masa ini, harga berdagang di bawah zon bekalan pada tahap 121.50, dan sasaran seterusnya yang akan dicapai adalah zon permintaan pada tahap 121.00 dan 120.50.
