
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan meneruskan pergerakan menurun. Pasangan mata wang ini telah gagal untuk menembusi di atas rintangan mendatar pada tahap 0.9640 pada semalam dan pergerakkan harga masih dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 20 dan 50. Selain itu, indeks kekuatan relatif adalah menurun di bawahtahap neutral 50 dan mendorong untuk penurunan harga yang seterusnya. Kesimpulanya, selagi tahap harga 0.9640 ini tidak ditembusi, maka perhatikan penarikan semula harga baru ke tahap 0.9555 dan diikuti ke tahap 0.9530.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9550. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9530. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9640. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9690 dan sasaran kedua pada tahap 0.9715.
Tahap Rintangan: 0.9690, 0.9715, 0.9750
Tahap Sokongan: 0.9550, 0.9530, 0.95