Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 13 Jun, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-06-13T09:09:53

Analisis Teknikal USDX untuk 13 Jun, 2016

Indeks Dollar telah memberikan isyarat kenaikkan harga seperti yang berlaku pada awal Mei dengan menghasilkan graflilin kenaikan harga hammer pada carta mingguan. Kita semua masih ingat kenaikkan indeks Dolar daripada tahap 92 ke tahap 96 pada Mei lalu, dan terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawa perkara yang sama ini mungkin berulang dengan tahap tinggi yang lebih tinggi berhampiran pada 98.

Analisis Teknikal USDX untuk 13 Jun, 2016

Indeks Dollar telah mencapai rintangan jangka pendek utama pertama pada tahap 94.80 dan ia kini menunjukkan isyarat penolakan. Penarikan semula harga pada tahap harga semasa adalah wajar, walau bagaimanapun kenaikkan Indeks Dolar mahu melihat pembetukan tahap harga rendah yang lebih tinggi dan kemudian penembusan harga di atas tahap 94.80. Sokongan jangka pendek terletak pada tahap 94.40 dan pada 94.05. Penolakan harga di bawah tahap ini akan menjadi isyarat yang tidak baik untuk senario kenaikan harga.

Analisis Teknikal USDX untuk 13 Jun, 2016

Carta mingguan adalah menaik seperti yang kita katakan di atas sebagaimana graflilin minggu lepas telah membentuk kenaikan harga hammer. Rintangan mingguan dilihat terletak pada tahap 94.80 dan seterusnya pada tahap 95.90. Penembusan harga di atas tahap 95.90 akan membuka jalan bagi lonjakan kenaikkan harga mencapai sekurang-kurangnya ke tahap 97. Indeks Dolar setakat ini telah membuat corak harga rendah yang lebih tinggi dan telah diterbalikkan ke arah atas. Kesinambungan aliran menaik ini berkemungkinan akan memberikan kesan yang lebih besar terhadap hala tuju jangka panjang dan buat masa ini saya percaya bahawa harga sedang menuju ke tahap tertinggi baru di atas tahap 101-102.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...